Masuk yang ni dah keberapa ratus kali entah aku menguap. Aku tongkat kepala dengan tangan kanan dan tangan kiri aku cover mulut aku yang tak henti-henti menguap dari tadi. Aku tengok Nailan pun sama. Tapi lagi tak senonoh. Menguap macam badak sumbu siap bunyi sekali. Aku dengan dia terpaksa join seminar ni. Setiap department hantar dua orang wakil untuk Seminar Construction Safety and Health Officer Training. Aku tak faham apa motif kitaorang kena dengar ceramah ni. Sebab kerja kitaorang 24jam mengadap lukisan tu. Disebabkan ni protokol syarikat so terpaksa je la terpaksa rela tadah telinga dengar ceramah yang membosankan ni.
Aku menguap lagi sambil mata aku tengok Gunalan yang tengah bagi ceramah kat slide depan. Apa jenis speaker pun aku tak tahu. Sepatutnya dia kena pandang peserta bukan mengadap slide 24jam. Padanlah aku tengok majoriti yang datang sini semua macam nak tak nak aje dengar. Aku tengok Mila lagi teruk. Siap dah terlena dengan kepala letak atas meja lagi. Tak senonoh betul budak ni. Ikut aci dia je nak tidur. Cover la sikit kalau ye pun.
Aku pandang sekeliling sebab nak hilangkan bosan dan mengantuk. Masa aku toleh pandang belakang aku perasan ada sorang mamat ni duk tengah tekan-tekan iphone dia. Tak pernah nampak pun mamat ni. Staf baru kot. Tapi department apa? Aku pandang lagi. Kedudukan kepala aku yang pandang belakang ni membuatkan Gunalan perasan bila tetiba dia tegur aku.
“Yes Miss Alysa. Is it looking behind was interesting than my speech?” gitu sekali dia sound aku. Mamat tu pulak terus angkat kepala bila dengar ayat berbaur perli-perlian dari Gunalan. Bila masa pulak dia perasan aku pandang belakang. Mila yang tengah sedap lena depan mata dia tak pulak dia sound. Hampas sungguh la Gunalan ni.
“Er..No sir. I thought the presentation slide was behind me.” Eh, terperli lak aku. Elok aku jawab macamtu satu dewan gelakkan aku..huhu.. Alysa Alysa. Kenapalah kau ni senang sangat kantoi kalau buat benda yang tak berfaedah ni..Damn la..
“Sorry sir. You can continue your speech.” Aku sengih sambil tunjuk jari peace kat Gunalan lepas cakap camtu. Tergeleng-geleng kepala dia tengok aku. Agak-agak aku ada can nak kena buang kerja tak sebab terkurang ajar dengan salah seorang Head of Department ni? Nasib baiklah Gunalan ni department lain. Agagagagaga…
Akhirnya seminar yang membosankan tu habis jugak. Tu pun sebab dah pukul 5 petang. Kalau tengok dari gaya Gunalan tu dia macam suka aje bagi seminar dekat slide depan tu. Nasib baik seminar ni 2 hari je. Kalau tak mahu mati kebosanan aku.
“Mila jom balik bilik.” Sepanjang seminar ni aku duduk satu bilik dengan Mila sepupu aku tu. Yela, tak kan nak sebilik dengan Nailan pulak walaupun kitaorang satu department. Tu nak kahwin free namanya.
“Jap, aku nak makan dulu.” laju dia gerak pergi meja yang tempatkan minum petang kat luar dewan tu.
Aku kemas beg laptop aku then baru gerak pergi kat dia. Aku nampak Mila tengah sembang dengan sorang lelaki ni. Eh, macam mamat yang aku duk usha tadi la.
“Lys malam ni nak keluar tak?” Mila tanya. Aku pandang Mila then pandang mamat tu. Dia senyum je tengok aku. Boleh tahan senyuman dia. Aku senyum balik.
“Gi mana?” aku tanya Mila.
“Tengok wayang?”
“Malas la. Aku baru ingat nak buat kuak lentang kat bilik”
“Eh ada swimming pool ke kat dalam bilik awak?” mamat tu tetibe bersuara. Dia dah buat muka pelik pandang aku.
Ada jugak manusia lambat pick up macam dia ni. Tapi disebabkan aku baik aku jawab jugak soklan cemerlang dia tu.
“Adalah. Tak kan bilik awak tak de kot.” Aku pura-pura buat muka serius. Mila dah gelak bila dengar jawapan aku.
“En. Sharul jangan layan sangat si Alysa ni. Maksud dia, tak lain tak bukan nak tidur la tu.” Ooo..nama dia Sharul rupanya. Eh napa Mila panggil dia En Sharul? Bos baru ke?
Mamat tu gelak lepas dengar maksud ayat aku tu.. tergeleng-geleng kepala dia..
“Nakal awak ni.” eh, dia cakap macam tu kat aku? aku pandang dia.
“Awak pandang sape masa kat dalam dewan tadi?” tersenyum-senyum dia pandang aku. Alamak, dia perasan ke aku tengok dia masa dalam dewan tadi?
“Saya tengok pintu tu. Cantik pula ukiran dia. sape yang buat ek?” tergelak Mila dengar jawapan aku.
Aku tayang muka tanpa riak je kat diorang. Cover Alysa, cover. Jangan sampai kantoi.
“Ehem. Yeke?” mamat ni senyum je keje dia.. haish
“Yela. Kau nak balik bilik tak Mila?” aku tanye Mila bila tengok dari gaya dia macam nak lepak lama je kat sini.
“Nak la. Ok En Sharul, kitaorang naik dulu” En. Sharul angguk je.
“Siapa dia tu?” aku tanye masa kitaorang dalam lif.
“En. Sharul” jawapan Mila tu buat aku rasa nak hantuk kepala kat dinding lif ni je.
“Aku tahulah nama dia Sharul. Maksud aku dia tu staf baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni?” suara bengang aku dah keluar.
“Tu bos HR Manager baru la. Dia ganti Pn Halimah. Tu la korang. Cuba sesekali rajinkan diri naik level atas tu. Jangan asyik terperap je kat department korang tu.” Ayat berbaur peril-perlian dah start keluar.
“Malas aku nak gi department kau. Lagi-lagi kalau Siti Markonah tu ada. Tunggu dia berhenti kerja baru aku naik. Tu pun kalau dah sampai seru la.” Aku buat muka malas.
“Lagipun aku tak suka la nak pergi situ. Macam masuk dewan peperiksaan je. Senyap satu hal. Pastu staf kat situ semua skema ayam” aku tambah
“Tolong sket. Tak semua ok. Cume suasana tu jadi macam tu sebab CEO tu serius nak mampus. Kalau nak borak pun sampai terpaksa buat bahasa isyarat.”
Aku tahu CEO company kitaorang ni serius giler. Tuan Haji Farid tu memang serius kalau kerja. Aku tak pernah nampak dia senyum. Tapi tak tahu la kan. Aku kata macam tu sebab sepanjang aku terserempak dengan CEO tu asyik muka serius dia je yang aku nampak. Macam mana agaknya perangai dia masa ngan family dia ek? Hmm..
“So malam ni nak pergi tengok wayang tak?” aik, bukan aku dah bagitahu tadi aku tak nak pergi ke?
“ah, aku tak kira, kau kena ikut jugak.” ceh sendiri tanya sendiri jawab.
“Boleh, janji kau support semua. Dari tiket wayang sampailah makan” aku angkat kening pandang dia. ok jugak kalau aku ikut dia, tak delah bosan sangat kat dalam bilik nanti.
“No hal. Nanti aku suruh Nailan support” Aku tengok Mila dah keluarkan N95 dia nak call Nailan. Tiba-tiba dia tepuk dahi sambil tersengih-sengih pandang aku.
“Er.. Cik Alysa. Boleh tak kalau Cik Alysa tolong call Nailan bagi pihak saya? Talipon saya tetibe kehabisan bateri la.hehe”
“Ceh, telefon mahal, tapi bateri takdak. Apa kata kau campak je telefon tu kat luar tingkap tingkat 20 ni.” aku perli dia sambil tangan aku dail nombor Nailan. Dia cebik je dengar jawapan aku.
“Halu balai polis Lubang Kubur” tu ayat pertama Nailan bila dia jawab call aku.
“ ceh. Assalamualaikum.” Aku perli dia.
“Ops..wa’alaikumussalam..hehe. ye Makcik, ada apa?”
“Kailan, eh silap. Nailan, kau free tak malam ni?” tersasul pulak.
“Amboi sukahati panggil aku kalian ek. Aku bagitahu mak aku kang. Malam ni aku tak free.huh!”
“eleh, bagitahu la. Rugi la kau tak free malam ni.”
“Pesal lak rugi?”
“Mila ajak kau dating malam ni. Tapi kau kene support dia ngan aku aku skali.” Aku gelak jahat.
“Cis.. tu memang rugi kalau aku pergi. Cakap ngan Mila aku tak sudi.”
“Dia kata tak kira kau sudi ke tak. Janji kau kene blanje kitaorang tengok wayang malam ni.”
“Ah, peduli hapa aku. aku tak nakkkkkkkkkkkkkkkkk” dia dah keluarkan aura pontianak. Automatic aku alihkan telefon jauh dari tinge aku.
“Buduss.. pekak telinga aku sebulan.” Aku marah dia. dia gelak je.
“kau nak join tak malam ni?” aku dah tinggi suara tanye dia
“Nak la, mahu mati kebosanan aku kalau tak join korrang malam ni” dia ubah fikiran pulak.
“Tapi kau kene belanje la. Deal?”
“Tak deal. Pale hotak korang nak suruh aku belanja hujung-hujung bulan macam ni. Mahu makan megi sebulan aku sebab nak cover balik duit yang aku guna untuk belanja korang” dia marah aku.
“Macam ni la kawan. Ala, kali ni kau belanja la. Nanti bulan depan kau claim la kat Mila” Mila dah jengil mata dia kat aku. Cucuk mata tu karang baru tahu.
“ek.. camtu pulak. Tapi idea tu cam best. Ok On!” dia gelak lagi..
……………………………………………………………………………………………………............
Aku dengan Mila tunggu Nailan beli tiket dekat depan pintu masuk GSC malam tu. Time tunggu tu mata aku meliar tengok orang lalu-lalang. Mila pula tak habis-habis dengan handphone dia. Berbalas sms dengan balak dia la tu. Masa aku tengah sedap usha orang lalu lalang tu aku ternampak Iqbal anak Mak Su Hazwin dengan seorang perempuan. Siap berpegangan tangan lagi. Aku baru nak elak dari terjumpa dia, tengok-tengok dia dah nampak aku dulu. Aku nampak dia dengan perempuan tu datang kat tempat kitorang berdiri. Aku cuit Mila, sambil mata aku menghala ke arah Iqbal.
“Hai.” Iqbal sapa aku dengan Mila.
“Hai. Eh, Iq. Kau pun ada di sini?” Mila tanya Iqbal sambil mata dia tak lepas tengok perempuan yang datang dengan Iqbal. Uuu…seksinya, nak tersembol biji mata kitaorang tengok. Baju tank top dengan skirt paras paha je. Fuh, daring habis.
“Haah. Kebetulan pulak. Korang datang tengok wayang ke?” hek eleh Iqbal ni, dah nampak aku dengan Mila berdiri depan pintu GSC ni mestilah nak tengok wayang. Tak kan keje sini pulak.
“ Yup. Awek kau ke? Tak nak kenalkan?” Mila kerling awek kat sebelah Iqbal.
“Eh, lupa pulak. Dina, kenalkan ni sepupu I. Yang banyak cakap ni Mila. Yang bisu tu pulak Alysa.” Terus aku toleh pandang dia bila dengar dia cakap macam tu. Aku tengok dia senyum sinis je. Sempat lagi Iqbal nak perli aku. Aku tahu lah aku senyap je dari tadi. Kurang ajar betul.
“Bisu?” Dina angkat kening lepas kitaorang bersalaman.
“ ouh..ah..uhh.” aku buat isyarat macam orang bisu. Terkejut Iqbal bila tengok aku. Mesti dia tak sangka aku akan buat macam tu. Dah dia kata aku bisu, aku pun malas nak buka mulut. Mila pula dah tahan gelak.
“Kesiannya. Dia memang macam ni ke sejak kecil?” Dina tanya Iqbal sambil buat muka simpati kat aku. Aku tengok Iqbal macam tengah cari jawapan yang sesuai. Mila pula aku tengok dah toleh pandang tempat lain. Tak tahan nak gelak la tu.
“ Err..sebenarnya…”
“Weh korang. Aku dah beli tiket.” Iqbal yang baru nak jawab terus terhenti bila Nailan tiba-tiba datang kat kitorang. Aku perasan muka Iqbal berubah bila tengok Nailan berdiri sebelah aku.
“Cerita apa?” tanya Mila sambil tangannya laju nak ambil tiket dari tangan Nailan. Pantas Nailan elak.
“ Tron. Cite start jam 11.15. So, sempat lagi nak pergi minum kalau nak. Jom”
“Eh jap. Nailan, kenalkan ni sepupu kitaorang. Iqbal dan Dina, his girlfriend.” Kata-kata Mira menyedarkan Nailan bahawa ada orang lain yang bersama kami pada waktu itu.
Aku rasa Nailan baru perasan akan kewujudan dua mahkluk depan kitaorang ni. Kedudukan Iqbal dan Dina yang berdiri agak jauh dari kami mungkin membuatkan Nailan fikir yang diorang tu orang luar . Aku pun lupa pasal Iqbal ni bila Nailan tiba-tiba mencelah tadi. Aku tengok muka Iqbal dah kelat semacam.
“Nailan.” Terus Nailan salam tangan Iqbal. Then dia senyum kat Dina.
“Eh, jomlah sekali kita pergi minum”. Ajak Nailan selamba. Nailan ni memang jenis cepat mesra dengan siapa-siapa pun.
“Tak pelah. You all pergilah. I dengan Iq nak jalan-jalan” Dina menolak sambil tangannya laju menarik tangan Iqbal untuk segera beredar. Bagus, cepat sikit blah. Sakit mata aku tengok lama-lama.
Aku perasan Iqbal macam nak cakap something tapi tak sempat bila awek dia dah tarik dia pergi dari situ. Aku just senyum sinis je bila Iqbal pandang muka aku.
“Jomlah.” Aku terus tarik Mila dengan Nailan pergi kedai minum.