Tuesday, January 4, 2011

Keranamu Alysa 1

Bab 1



Elok je kaki aku jejak laman rumah abah aku ni kedengaran satu suara sumbang yang tak asing lagi dari rumah sebelah.

“ Baru balik keje ke mak cik?”

huh.. suara sape lak yang ada harapan nak kena baling dengan high heel 3 inchi ni? Aku yang muda cantik jelita ni dipanggil mak cik? Buta ke apa!

Aku toleh pandang mamat jiran sebelah yang rajin tegur aku petang- petang ni. Ada la pulak mamat badigol ni hari ni. Baru balik la tu.

“Tak la, baru nak pergi kerja ni”

Sarkastik je Alysa menjawab. Malas nak layan mamat sebelah ni sebenarnya. Dah nampak aku pakai sut pejabat di waktu-waktu macam ni lagi mau tanya baru balik kerja ke..apada..

Tersengih-sengih Nabil mendengar jawapan Alysa. Tadi sengaja dia menegur Alysa apabila nampak kereta gadis itu masuk ke laman. Empat hari tidak berjumpa rindu pula nak menyakat teman baiknya yang dikenali sejak tadika itu.

“Yang kau ni tetibe rajin tercongok kat laman senja-senja ni pesal? Kau tak fly ke hari ni?”

Aku tengok mamat ni ada lagi tercongok kat tepi pagar ni. Nabil ni kerja jadi drebar kapal terbang sebenarnya. Dekat seminggu jugak la aku tak nampak dia. Last aku nampak dia masa aku nak pergi kursus hari isnin hari tu. Tu pun terserempak kat airport. Time tu nampak segak je pakai uniform. La ni aku tengok selekeh yang amat. Short pants ngan singlet je. Rambut pun berserabai.

“ Aku baru balik la tengah hari tadi. Ni pun baru bangun sebenarnya.”

“ Mana buah tangan tuk aku?”

Aku dah pergi kat dia sambil hulur tangan kanan aku.

“Buah tangan ek? Jap ek..” 

Aku tengok lain macam je mamat ni. Aku bukanlah ngada-ngada nak mintak, tapi setiap kali mamat ni fly mesti dia belikan buah tangan untuk aku. Selalu dapat coklat je la. Sebab tu la aku dah tak malu nak mintak kat dia apa-apa pun.

“Nah.”

Sambil tergelak-gelak dia bagi kat aku mende alah tu.

Terbeliak mata aku tengok menatang kat tapak tangan aku. Terkejut punya pasal habis aku lempar ke mana ntah.

“Siot la kau. Geli tau tak.” Geram punya pasal aku tarik telinga Nabil yang kebetulan berdiri dekat ngan pagar. Nasibla, sape suruh kenakan aku. Ada ke dia pergi letak katak mainan kat tangan aku.

“Adeh adeh.. sakit la woi.” Berkerut-kerut muka Nabil sambil tangannya menggosok telinganya yang dah merah sebab aku tarik.

“Tu la natijahnya kalau pedajal aku. Dah la, aku nak masuk. Malas layan kau.” Aku berpaling nak masuk rumah. Penatnya,  tak sabar nak cabut tudung kat kepala aku ni. Dari pukul 6 pagi sampai 6 petang berbungkus kepala aku. Buka pun time nak sembahyang, tu pun sebab nak ambil wuduk.

“Lek la lu. Aku punya la tunggu kau balik kerja. Macam ni kau layan aku.” Nabil dah start buat ayat sedih dia.

“Lantak kau la, aku penat la. Nak mandi ni, badan aku dah bau kerbau dah.” Aku balas sambil masuk rumah.

“haha, aku baru nak cakap. Weh, malam ni dating jom.” Nabil jerit kat aku bila nampak aku dah masuk rumah.

“ Tengoklah.” Aku jerit balik.

“Tak de tengok-tengok. Lepas isyak kita keluar” Dia jerit balik.

Kitaorang dah biasa jerit-jerit kalau malas nak tunjuk muka. Mak bapak kitaorang pon selalu gak bising-bising. Macam rumah tu jauh sebatu je. Padahal sebelah rumah je.

Masuk je rumah aku terus cabut tudung. Lepas tu terus landing atas sofa depan tv. Tu la hobi aku. Balik kerja je terus landing depan tv. Bagus betul anak dara zaman sekarang ni. Mana mak aku tak bising.

“Woi anak dara. Pergi masuk bilik la.”

Aduh, baru nak lelap ada je suara sumbang kacau aku. Aku terus tarik bantal kat sofa ni buat tutup muka sambil baring meniarap. Nikmatnya tidur..

Pap! Aduh, bisanya. Tak jadi aku nak tidur. Aku pandang abang aku yang dah tersengih-sengih lepas hadiahkan penampar sedas kat punggung aku ni.

“Sakit la long, tangan tu kalau kecik tak pe gak. Ni dah la besar gabak.”

 “Mau bengkak montot adik sebelah.” Aku gosok tempat abang aku pukul tadi. Pedih wo..

Abang aku gelak je tengok.

“Gi naik atas la, mandi. Dah pukul berapa ni. Jap lagi nak magrib dah.” Abang cakap lepas hadiahkan lagi satu pelempang sedas kat bahu aku.

“Yela.. nak naik la ni.” Kacau betul la. Lepas mandi aku turun bawah balik cari anak tudung yang aku lempar dengan tudung tadi. Dah pukul 7.15. Kejap lagi azan, tak sempat dah nak selongkar almari nak cari anak tudung baru. Tibai je la yang dah pakai tadi. Bukan orang tahu pun.

Isk, mana pulak ni? Aku rasa macam aku campak kat sini tadi..aku nampak abang Adib baru turun. Disebabkan rumah kita orang dekat dengan surau, mak dengan abah selalu galakkan kitaorang sembahyang jemaah kat surau. Cuma hari ni mak dengan abah takde, so aku dengan abang adib je la yang pergi. Lagipun jalan kaki je sebab surau tu terletak kat hujung taman ni.

“Cari apa tu dik? Dah pukul berapa ni. Jap lagi azan.” Abang aku yang dah siap berbaju melayu tanya sambil tangan dia masukkan dalam poket baju.

“Cari adik punya anak tudung la. Along nampak tak?” aku toleh dia sekejap sambil tangan aku sibuk angkat bantal sofa tempat aku baring tadi.

“ err.. anak tudung?” abang tanya..

“yela, adik campak kat sini petang tadi. Ni takde pulak” time saat genting macam ni la mende alah tu nak main sembunyi-sembunyi..

“ err.. anak tudung adik tu kaler hitam ker?” soklan abang tu aku dah dengar pelik je. Aku pandang dia.

“abang rase tadi abang dah terguna.” Abang dan tayang gigi dia kat aku.

“guna buat apa?”

“er.. abang..abang guna bu..buat lap meja..” buat-buat gagap pulak abang aku ni.

Cinabeng punya abang. Sampai hati dia buat lap meja. “ takde mende lain ke yang boleh buat lap? Walaupun anak tudung tu sehengget je harga dia, tapi adik gune kat kepala tau” aku marah sambil cekak pinggang. Kurang asam keping la abang aku ni.

“sape suruh adik letak merata-rata.” Abang dah keluarkan gelak jahat dia. Aku tengok abang kecik-besar-kecik-besar. Sabar Alysa, kau nak pergi masjid ni. Abaikan aje.

Aku malas nak bising-bising terus naik bilik ambil yang baru. Haila.. abang aku ni. Aci jadi je. Abang aku ni memang, kalau dah datang angin malas dia, dia main rembat je apa yang ada depan mata dia.

Dalam adik beradik aku, aku dengan abang adib je yang duk kat umah ni. Yang lagi dua orang tu kadang-kadang je balik sini. Sorang kembar aku, tapi lain jantina. Dia sekarang ada kat Penang, kerja situ. Maklumlah doktor, bila dapat arahan kena pindah sana terpaksalah duduk sana, tak kan lah nak berulang-alik pulak kan. Mau terbongkang dia kalau ulang alik penang setiap hari. Kembar aku ni (Asyraf nama dia) anak manja mak, masa mula-mula dapat arahan transfer sana, seminggu jugaklah melalak macam orang mati bini sebab tak nak. Sanggup dia turun naik kementerian sebab tak nak pindah, tapi last-last terpaksa jugak sebab hospital sana memang kurang doktor. Tergelak aku dengan along tengok dia macam orang gila meroyan seminggu tu. Tapi sekarang dah ok sikit. Tapi tiap-tiap bulan kalau cuti mesti muka dia dah terpacak kat rumah ni sambut kembar dia yang cantik ni balik. Huahuahua.. adik aku lagi sorang ada kat UTM. Akif ni pulak jenis tak kisah duduk jauh, bukan macam kembar aku nan sorang ni. Manja yang amat. Kadang-kadang mak ngan abah aku pun keliru, aku dengan dia ni sebenarnya tertukar jantina ke? Sebab aku yang satu-satunya perempuan dalam adik-beradik ni pun tak berperangai cam dia.. haila..

1 comment: