Bab 1
Dia mengeluh lagi. Sambil kedua-dua tangannya menongkat muka merenung langit malam yang gelap dihiasi bintang-bintang. Mengeluh dan terus mengeluh.
“Sudah-sudahlah tu Reen… tak elok mengeluh kat tepi tingkap tu. Orang nampak tak manis” tegur Hjh Hamidah.
Dia menoleh memandang emaknya. Selepas itu kembali merenung langit malam. Mengeluh lagi dan lagi.
“Reen…..” terdengar suara ayahnya pula yang panggil. Panjang sebutannya, bagai memberi amaran supaya menghentikan kelakuannya yang sejak tadi berangan di tepi tingkap.
“ Ya yah. Reen tahu Reen dah tak de harapan. Tapi bagi lah Reen masa jap. Lepas ni bila pulak Reen nak mengeluh lagi macam ni.”
Terdengar gelak kecil daripada mak dan ayahnya. Mungkin lucu melihat dia yang tak habis-habis mengeluh lepas sembahyang isyak tadi.
“ Reen dah decide ke nak duduk mana nanti? Rumah abang ke rumah suami Reen?” tanya Azmi yang kebetulan itu sedang melihat tv.
Reen tersentak. ‘Rumah suami?’. Ligat otaknya berfikir akan soalan abangnya.
“eh, sejak bila pulak Reen ada suami ni bang?” berkerut dahinya berfikir.
Berpandangan abang serta mak dan ayahnya. Kemudian masing-masing tergelak kecil.
“sedar lagi rupanya adik abang ni. Ingatkan dah terbang jauh pergi Johor dulu.” Azmi sambung gelak.
Reen menepuk dahi. Tersedar dirinya dipermainkan. Boleh pulak diorang ni main-mainkan aku. Family sape lah ni..gumam Reen sendirian.
“Hai bang, gelak sakan nampak. Tadi Reen terserempak dengan Noni. Dia kirim salam kat abang. Esok dia kata nak datang jenguk abang” Terus terdiam Azmi bila mendengar nama Noni.
Giliran Reen pula tersenyum sinis. Tadi gelakkan aku sangat. Ni baru dengar nama Noni dah terdiam. Baru tahu..
“hah Mi. Sejak bila pula kamu bercinta dengan anak Mak Limah tu?” tanya Hj Ramzan sambil tangannya melipat suratkhabar yang sedari tadi dibacanya. Dah malam baru sempat nak baca. Siang tadi sibuk dengan pelbagai urusan. Maklumlah, ketua kampong…
“Ayah ni. Mana ada Mi bercinta dengan budak senget tu. Dari bercinta dengan minah kepoh tu baik Mi bercinta dengan lembu Tok Mail” Azmi mencebik.
Tergelak Hjh Hamidah dan Hj Ramzan. Tahu Azmi tidak suka digandingkan dengan Noni, gadis mulut becok di kampong itu. Saja nak mengusik. Sekali sekala diorang balik, tak salah kan kalau nak bermesra dengan anak-anak.
Reen hanya tergeleng-geleng melihat telatah kedua orang tuanya. Dah tua-tua pun suka menyakat lagi. Mak bapak sape lah diorang ni.
“Oh..patutlah semenjak dua menjak ni Reen tengok abang selalu termenung. Teringat dekat kekasih hati rupanya.” Reen gelak besar. Terhenti ketawanya bila sebiji bantal tiba-tiba mendarat di kepalanya. Cess!!!
No comments:
Post a Comment