Monday, February 7, 2011

Keranamu Alysa 6

Bab 6


Masuk je dalam pusat membeli belah AEON ni handphone Nabil berbunyi. Aku tengok Nabil bagi isyarat nak pergi bilik air sementara dia jawab panggilan.

Keluar dari toilet aku cari Nabil. Aku nampak dia dah tersengih-sengih tunggu aku dekat kerusi.

“Kau pehal? Tersengih-sengih cam orang tak cukup zat je.”aku tegur dia.

Nabil senyum. Tapi senyuman dia macam orang takut-takut pun ada.

“Kalau aku cakap something kau jangan marah tau” Nabil cakap sambil buat muka cuak.

“Depends. Apa dia?” aku cakap sambil tangan aku cari tisu dalam beg tangan.

“Sebenarnya kan.. errr…. Aa.. kau janji tau jangan marah.”

“Apa dia?”  mana pulak tisu dalam beg ni? Tadi ada.

“ Kita tak jadi jumpa girl tu hari ni. Dia ada hal.”

“What?” terus kepala aku lipat maut pandang muka dia.

“Err… thee he he. Kita jumpa Mia esok. Dia bagitahu ada hal tadi.” Terjengil biji mata aku dengar dia cakap. Buat penat je.

“Sorry Lys.” Nabil buat muka bersalah sambil tangan dia dua-dua lekap buat gaya orang minta maaf.

Aku jeling je.. “Kau tahu tak aku ni dahlah kepenatan. Kebulur pun ye. Boleh pulak kau cakap cancel. Kang ada jugak yang kene gigit ni” suara aku dah start naik nak marah.

“Sorry sangat-sangat. Bukan aku yang minta tunda, dah dia yang call cakap tiba-tiba ada hal.” Mia ni pun satu. Dah dia yang beria-ia tapi tak jadi pulak. Kalau dia ada kat depan memang aku siku dagu dia.

“Dah la. Disebabkan tak jadi, kau wajib belanja aku makan. Aku lapar.”

“err.. tapi..tapi esok kau kena tolong juga tau.” Nabil sengih tunjuk gigi kat aku.

Aku buat muka malas. “Tengoklah macam mana.”

Masa aku tengah jalan dengan Nabil tetiba je Nabil tarik tangan aku menyorok sebalik tiang. Terpinga-pinga aku. Baru aku nak cakap dia dah buat isyarat suruh senyap.

“kau ni kenapa?” Aku tengok sekeliling. Aku perasan ada sesetengah pengunjung yang tertoleh-toleh tengok aku dengan Nabil. Dah macam stalker pun ada. Dengan kedudukan kitorang yang membongkok macam mengendap, confirm orang pandang pelik kan.

“shuuu..” Nabil tunjuk depan. Aku nampak ada sorang awek tengah jalan sambil kepala dia terlentok manja dekat bahu pasangan dia tu.

“siapa tu?”

“Tu la Mia. Girl yang aku nak ajak jumpa tadi.”

“oooo… tu ka?” aku terangguk-angguk. Lawa jugak.

“Kau kata dia ada hal? So ini lah hal dia ek? Jap, yang kau nak menyorok macam orang bersalah ni pesal pulak?”

“Aku nak menyorok dari dia la.”

“ Apa la sengal sangat kau ni. Dah terang-terang dia jalan ngan balak lain. Buat apa kau nak takut? Dah alang-alang dia ada kat sini, kita on je la plan kau tadi tu.” Aku sound dia.

“Haah kan.”  Aku tepuk dahi. Nabil dah berdiri sambil betulkan baju dia.

“Jom.” Laju je dia jalan pergi kea rah Mia sambil tarik tangan aku.

“Hai. What a surprise!” terkejut pasangan tu bila Nabil tetibe tegur.

“Eh.. Nab..Nabil. You buat apa kat sini?” tergagap-gagap Mia bila terpandang Nabil. Terus terlepas pegangan dia pada bf dia. Aku just senyum je bila Mia pandang aku.

“ We all nak pergi makan. Ops..kenalkan. Ni Alysa, tunang I. Sayang, ni Mia. Kawan abang.” Aku angkat kening bila dengar Nabil cakap macam tu. Geli pulak bila dengar dia bahasakan diri dia macam tu.

“Hai Mia.” Aku salam Mia. Muka dia macam nak tak nak je salam.

“Tak nak kenalkan ke?” Nabil tanya sinis sambil mata dia pandang ke arah lelaki sebelah Mia.

“ Zarul. Kawan Mia.” Lelaki tu kenalkan diri sendiri bila tengok Mia senyap je dari tadi.

“Eh, ok lah. Tak nak ganggu you all. Kitaorang gerak dulu. Jom sayang.” Nabil tarik lengan aku lepas bersalam dengan Zarul. Diorang just angguk je bila Nabil minta diri.

“ Aku tengok lawa juga Mia tu. Tang mana psiko nye?” aku tanya bila kitaorang dah agak jauh daripada Mia ngan Zarul.

“Kau baru jumpa sekali. Lagipun tak kan lah dia nak tunjuk depan lelaki tu. Hilanglah ikan emas dia.” Nabil cakap sambil mata dia tengok kiri kanan cari kedai makan.

“So, esok tak jadi la kan.” Aku tetiba teringat.

“Tak jadilah. Kau punya permintaan yang pelik-pelik semua tu pun cancel la kan.” Nabil cakap sambil tersengih-sengih. Gembira je aku tengok dia. Tadi punyalah beria-ia minta tolong.

“Haishh. Apa pulak. Deal tetap deal. Kau dah janji kan.”

“Tapi kau pun bukannya tolong aku pun tadi. Senyap je.”

“Eh, macam lah kau banyak cakap tadi. Setakat bertegur sapa camtu budak umur 5 tahun pun boleh buat tau.” Aku sound balik..

“Err..aku malas nak borak lama-lama. Kang nanti ada jadi drama air mata pulak.” Aku cebik je bila dengar dia cakap camtu.

“Janganlah marah sayang. Jom abang belanja sayang makan. Mesti sayang kebulur kan?” Aku buat gaya nak muntah bila dia cakap macam tu. Nabil gelak je. Gembira la tu sebab problem dia secara tak langsung dah setel.



No comments:

Post a Comment