“Along kat mana ni?” aku tanya along sambil kepala aku toleh pandang kiri kanan cari along.
“Kat depan Guardian. Cepat sikit”
Lepas kerja tadi aku dapat panggilan dari along minta teman dia cari hadiah untuk harijadi kak Tasya sabtu ni. Dah ada kat Midvalley baru nak bagitahu. Kalau bagitahu awal-awal tadi bolehlah aku blah awal dari ofis. Petang-petang macam ni dah la jalan jammed. Dengan ribuan manusia dalam Midvalley ni lagi. Menyukarkan aku nak cari along je.
“Tak ada pun” aku merungut. Ramai betul manusia petang ni. Duduklah rumah, yang petang-petang ni ngada-ngada keluar kenapa? Marah pulak aku.
“Ada lah. Cuba cari guna mata. Along betul-betul depan pintu Guardian ni” sempat lagi perli aku. Ceh!!
Bilangan manusia yang bersepah-sepah kat ruang legar ni menyukarkan aku nak mencari along. Dalam kalut aku mencari along tu tetiba aku terlanggar seseorang. Habis jatuh handphone aku yang sedari tadi aku lekap ditelinga.
“Sorry sorry.” Kalut lelaki tu minta maaf sambil menunduk nak kutip handphone aku.
Aku yang kebetulan turut menunduk nak ambil handphone terhantuk kepala dengan mamat tadi.
“Adoi.” Terus aku pegang dahi aku. Elok aku rasa bersalah terus bertukar rasa nak marah. Aku angkat kepala. Lelaki tu juga angkat muka pandang aku. Terkejut aku bila tengok wajah yang sudah sekelian lama aku cuba lupakan kini berada di depan mata. Aku lihat dia juga seakan terkedu tengok aku.
“Adry..” aku tersedar bila dia panggil nama aku.
Adry..dah lama aku tak dengar orang panggil aku dengan gelaran tu. Dia sorang saja yang gemar guna nama tu bila panggil aku.
“Sorry sir.” Cepat-cepat aku bangun nak beredar dari situ.
“Adry, wait!” aku buat-buat tak dengar. Laju aku jalan tinggalkan mamat tu.
Kecik betul KL ni. Tak sangka aku leh terserempak ngan mangkuk ni lagi. Masalah..masalah..makhluk tu la yang pernah buat hidup aku tak tenteram selama beberapa bulan. Aku ingat bila dah tak nampak muka dia dekat 2 tahun ni aku boleh la lupakan dia.
Masa aku tengah jalan tergesa-gesa tu aku terasa tangan aku di tarik dari belakang. Aku tengok tangan yang tarik aku, baru aku tengok muka orang yang nak kena penyepak free tu. Tergamam aku. Haziq. Aku ingatkan dia tak kejar aku.
“Adry” tersentak aku bila nama aku dipanggil.
“Kan aku dah cakap. Kau salah orang!!” aku sentap tangan aku.
Time tu la aku nampak along tengah berdiri depan Guardian. Laju aku jalan gi kat along. Haziq still ekori aku dari belakang. Rimas aku. Macam mana nak elak dari dia ni.. Bila aku tengok along, aku teringat sesuatu. Pantas aku peluk lengan along.
“Abang, dah lama tunggu?” aku buat suara manja sambil tersenyum manis. Terpinga-pinga along. Baru dia nak cakap, aku cubit lengan dia tanpa bagi Haziq perasan. Berkerut abang aku tahan sakit. Aku bagi isyarat mata kat along suruh dia berlakon. Along yang macam faham bila tengok Haziq terus tersenyum. Bagus. Faham jugak along ni.
Aku perasan Haziq tengok aku tajam. Tapi aku buat tak tahu. Terus berborak manja dengan along buat macam kitorang pasangan kekasih yang tengah hangat bercinta.
“Dah dah la tu. Dia dah pergi dah” kata Along.
Aku tengok sekeliling. Memang betul Haziq dah pergi. Fuh.. lega.
“So, what was that?” Along angkat kening.
“Nothing.” Aku pandang dalam Guardian. Baru perasan kitorang betul- betul berdiri depan pintu masuk. Ramai orang tengah tengok adegan kami sebentar tadi. Malunya aku. Dahlah tadi aku buat gaya gedik. Aku terus tarik tangan Along gi tempat lain.
“Malu la tu?” along tergelak kecil. Aku buat tak tahu ja, malas nak layan along yang memang kuat mengusik.
“Haziq?” Terkedu aku dengar nama tu. Aku pandang along minta kepastian.
“Let me guess. That guy just now, was Haziq, right??”
Aku angguk kepala. Tak sangka along ingat lagi muka mamat tu. Aku lupa, kitorang dulu satu Uni, mestila along ingat. Nak pulak along ni kira seangkatan jugaklah dengan Haziq tu. Spesis buaya.
“So, kira cinta lama berputik kembali la ni ye. Terserempak dengan bekas kekasih.” Tersengih-sengih along.
Aku mencebik. “Dah la along, malaslah nak cakap pasal lelaki tu lagi. Buat sakit jiwa je. Ni nak cari hadiah kat mana?”
Along angkat bahu. Tahu aku tak nak bercerita tentangnya. Segala kisah aku dan Haziq semua dalam genggaman along dan angah. Bertemu untuk pertama kali sehingga aku putus dengannya juga tidak lepas dari pengetahuan diorang. Ini kerana masa Haziq ingin memikatku dahulu along menentang keras. Alasan dia sebab Haziq playboy yang suka mempermainkan perasaan gadis suci murni macam aku ni.
Aku pun dulu bangang juga. Tertipu dengan playboy jalanan tu. Kata dah berubah. Tapi rupa-rupanya berubah sekejap je. Selepas setahun bercinta akhirnya aku ditinggalkan dengan alasan mamat bengong tu dah berjumpa dengan seseorang yang lebih seksi dan jelita. Dasar buaya. Masa tengah couple tu pun banyak kali aku dengar dia ada keluar dengan perempuan lain. Tapi aku pekakkan telinga. Tapi yang buatkan aku lebih terkilan lepas sambut birthday aku dia minta putus. Down gila aku time tu. Dahlah first time bercinta tapi macam ni pula jadinya. Lama juga la aku merawat luka dulu. Sampaikan mak, abah ngan Nabil yang tak tahu menahu pun boleh tahu. Bersungguh-sungguh diorang cuba ceriakan aku.
Nasib baiklah iman aku ni kuat lagi, kalau tak masa konvokesyen dulu aku dah kerat 18 Haziq ngan awek baru dia. Boleh diorang bermesra depan aku. Takde rasa bersalah pulak tuh.
“Senyap je. Teringat kat Haziq ke?” tegur along.
“Tolong skeeeet. Adik peliklah, macam mana adik boleh ‘ter’ bercinta dengan mamat tu dulu ek? Cam bangang je kan.” Aku mengurut dagu.
“Ha..tau pun. Along memang dari dulu tak berkenan dengan dia. Perangai entah apa-apa. Terang-terangan dia tu playboy kampus. Tapi adik still nak kat dia. Kata dah berubah la apa la.” Along perli habis-habisan punya.
“Apa dia long? Playboy? Bukan gelaran tu dulu along pun pernah sandang ke?” aku sound along.
“Ek ehem. Along dulu playboy baik. Takdelah mainkan perasaan orang macam Haziq buat.” Tersengih-sengih along.
Yela tu along. Berubah pun lepas jumpa kak Tasya. Tu pun sebab kak Tasya garang nak mampus. Mula-mula niat nak kenal-kenal gitu je, tapi lepas kena ceramah sebab suka mainkan perasaan perempuan terus tangkap lentok kat Kak Tasya. Tapi bagus juga. Kak Tasya pun baik dan cantik. Sesuai la dengan along yang perasan handsome tu.
“Along nak pergi mana ni? Dari tadi kita jalan, tapi satu kedai pun tak masuk. Kata nak cari hadiah Kak Tasya” aku dah merungut.
“Tak jadilah. Kita gi makan jela. Ni pun macam dah lambat kalau nak cari barang”. Along tarik aku masuk Pizza Hut.
“Habis tu, hadiah kak Tasya macam mana?” tetibe aku teringat pasal hadiah.
“Takpelah, along dah fikirkan nak bagi hadiah apa kat dia”
“Apa dia?” curios pulak aku bila tengok along sengih macam tu.
“Bagi ciuman dah la. Free of charge” gelak-gelak dia jawab.
“Ceh, cakap dengan mak ngan abah” Along gelak sambil tangan dia gamit pelayan yang ada kat situ.

No comments:
Post a Comment