“Morning everybody” Lina menyapa pagi tu.
“Morning. Ceria semacam je kau ni, ada apa-apa ke?” aku yang kebetulan duduk kat kaunter pertanyaan tegur dia.
“Mana ada apa-apa. Bukan aku ni memang sentiasa ceria ke?” Lina tersengih-sengih.
“Memanglah, tapi hari ni macam over je aku tengok. Dari tadi tersengih-sengih. Ada berita gembira ke? Ke kau nak naik pangkat?” aku cuba korek rahsia.
“Naik pangkat mendenye? Jawatan aku sekretari. Nak naik pangkat apa lagi?” berkerut dahi Lina.
“Yela, manalah tahu naik pangkat jadi bini En Adam ke?” gelak-gelak aku jawab.
“Ceh. Melawak lak kau ni. Dengar dek Kamal mahu aku menjanda sebelum sempat aku naik pelamin” marah pulak.
“Ala, aku rasa kalau kau terangkan elok-elok kat Kamal tu mesti dia paham punyalah” aku ketawa riuh. Ni kalau mak aku nampak mesti bising. Anak dara gelak tak ingat dunia.
“Gila kau! Dah jangan nak mengarut. Aku nak kemas bilik En. Adam. Jap lagi En. Adam masuk tengok bilik dia belum berkemas lagi mati aku”
“Eh, bukan semalam petang kau dah kemas bilik dia ke?” aku kerut kening. Seingat aku la kan, sebelum balik semalam Lina cakap dia nak kemas bilik jap. Dia bagitahu pun sebab dia suruh aku tunggu sebab dia nak tumpang balik.
“Memanglah. Tapi bukan bilik En Adam. Tapi bilik sebelah dia. Ada pengurus baru nak masuk, ganti Kelvin.” Lina cakap sambil masuk bilik En Adam.
Aku ikut masuk. Nak korek maklumat. Lina ni macam-macam tahu sebab sekretari kan..
“Eh, hari ni ke masuk?”
Lupa pulak aku bilik Kelvin tu dah seminggu tak berpenghuni. Minggu lepas budak-budak department ni semua dah berjumpa dengan pengurus baru tu. Cuma aku je tak sempat jumpa sebab kena pergi site kat Penang.
“Yela, kan aku dah bagitahu kau semalam. Tula, time aku cakap bukan nak dengar, Tahu angguk geleng, angguk geleng. Penat aku cerita semalam” Lina dah bercekak pinggang. Marah la tu.
“Semalam kan aku busy, mana leh concentrate nak dengar kau cerita. Kau pun nampak kan” haishh la pompuan ni. Dah terang-terang aku busy semalam lagi nak ajak borak. Kesian punya pasal aku layan jela walhal aku tak dengar sangat pun apa dia cerita. Just angguk ngan geleng je.
“Yela, aku tahulah drawing kau tu lagi penting dari aku kan. Sapelah aku ni” touching la pulak minah ni.
“Sorrylah. Dah tak payah nak buat-buat sedih. Cepat cerita sape pengganti Kelvin tu?”
“Kau tunggu je la. Jap lagi dia masuk kau leh la nak berkenalan ke hapa” Lina cakap sambil tangan dia sibuk susun dokumen atas meja En Adam.
“Kemut tahik hidung masin la kau ni.” Nak bagitahu pun berahsia ke?
“Bukan kedekut lah. Tapi nak bagi surprise. Kalau kau tengok orangnya mesti kau terpikat punyalah.”
“Pesal lak? Artis ke dia tu?”
“Taklah artis, tapi muka ala-ala artis ada la. Handsome weh. Tinggi cam model lak tu. Terpegun aku masa first time jumpa dia.” Tersengih-sengih Lina bercerita.
“Gatal gak kau ni ye. Aku report kat tunang kau baru tahu!” aku gertak dia
“Weh jangan. Tahu dek Kamal mampus aku. Dia tu dah lah kuat cemburu. Jenuh aku nak pujuk nanti” tahu takut pompuan ni.
“Dah la. Aku nak pergi toilet jap. Sakit perut la, dari tadi aku tahan. Kang terburai kat sini susah pulak” Aku terus blah lepas cakap camtu.
“Cet. Pengotor punya pompuan” tu je yang sempat aku dengar sebab aku dah mencicit lari keluar. Nasib baik lah awal lagi, so tak ramai lagi yang masuk. Nasib baik takde orang dengar.
Keluar je dari toilet aku terus menonong nak masuk opis. Sambil jalan aku betulkan baju kurung moden yang aku pakai. Elok je aku tolak pintu utama, En Adam panggil.
“Alysa, wait.” Tak jadi aku nak tutup pintu bila dengar En Adam panggil.
Haishh, nak masuk pun kena ada orang buka kan pintu ke? Macam bos besar lak. Baru aku nak tutup pintu terdengar ada orang berdehem kat belakang aku. Sape pulak ni? Kacau betul lah. Aku pusing belakang. Tergamam. Terkedu. Terkejut. Dan macam-macam ‘ter’ lagi lah. Macam mana dia boleh ada kat sini pulak?
“Hai” dia tegur sambil tersenyum manis. Aku masih lagi terkejut. Kaku berdiri sambil tangan aku pegang pintu.
No comments:
Post a Comment